Terapi elektrostatik merupakan terapi yang menggunakan cas-cas eletrik sebagai rawatan. Rawatan ini telah terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya.
Rawatan ini juga telah terbukti dapat membawa kebaikan kepada pengguna. mungkin anda masih baru lagi atau kurang faham mengenainya dan hari ini saya akan mengupas kaedah rawatan alternatif dan kelebihan-kelebihannya supaya anda dapat mengenali kaedah ini dengan lebih mendalam. Eman Terapi merupakan terapi elektrostatik yang diperakui antarabangsa mampu membantu merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak di dalam salur darah. Rawatan terapi elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah. Salur darah yang tersumbat ini sebenarnya menjadi punca ke atas penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan bermacam lagi. Oleh yang demikian, kaedah rawatan alternatif menggunakan elektrostatik terapi adalah amat sesuai sekali. Kaedah ini dapat membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, strok, gout, batu karang, asma, lemah syahwat, senggugut, haid tidak teratur, penuaan, lemah-lemah sendi dan lain-lain. Kaedah ini pada dasarnya dapat menjimatkan kos dalam perubatan. Bukan itu sahaja, malah fungsi yang terdapat pada mesin terapi ini dapat digunakan oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Terapi yang menggunakan 9000 voltan elektrik statik dan sesuai untuk mengubati penyakit kronik menggunakan getaran elektrik berskala 60 kali sesaat. Ianya bukan sahaja memecahkan lemak bahkan melancarkan peredaran |
KAEDAH RAWATAN ALTENATIF
|
Setiap penyakit mempunyai penawarnya yang tersendiri. Pun begitu dalam zaman serba moden ini terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh diperoleh dengan mudah sama ada di klinik mahupun farmasi.Sebenarnya, pergantungan terhadap ubat berasaskan bahan kimia juga boleh mendatangkan kesan sampingan jangka panjang seperti masalah hati kronik.
Oleh itu pakar teknologi perubatan Jepun mencari alternatif untuk merawat penyakit yang berhubung kait dengan darah menerusi kaedah pembersihan saluran darah dengan mengeluarkan benda asing seperti lemak dan kolesterol dalam badan.Teknologi ini mampu mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati. Mesin terapi mudah-alih itu sesuai digunakan setiap hari bagi membantu membersihkan saluran darah dan mengecas zat penting agar tubuh badan lebih sihat.Ia dilengkapi tiga fungsi iaitu voltan tinggi, ‘light wave energy’ dan ‘heat theraphy’. Secara umumnya, rawatan terapi medan elektrik statik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.Salur darah yang tersumbat itu merupakan punca timbulnya penyakit kronik seperti darah tinggi, strok dan pelbagai penyakit berkaitan darah. |
RAWATAN ARUS ELEKTRIK
|
SEBUT arus elektrik, pasti ramai membayangkan mengenai bahaya dan risiko. Betapa tidak, jika terkena elektrik, mangsa biasanya hanya berdepan dua pilihan, sama ada cedera atau maut.
Bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya. Kini, menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan. Pelik? Barangkali terapi itu masih asing di kalangan penduduk negara ini, tetapi hakikatnya ia diguna pakai beberapa tahun lalu. Di negara luar, terutama Jepun, ia sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital. Di negara ini, manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengenalan mesin terapi medan elektrostatik eman terapi. |
MURAH, BERMUTU DAN BERKUALITI
|
CARA hidup yang serba mewah, mudah dan pantas kadang kala memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, jika menyebut kolesterol, kencing manis, angin ahmar, jantung dan darah tinggi, ia sinonim kepada masyarakat hari ini.
Mesin ini yang dikeluarkan lebih murah berbanding produk lain tetapi mempunyai mutu yang lebih tinggi berbanding pesaing. Mesin Eman Terapi adalah produk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi merawat pelbagai penyakit kronik serta memecahkan lemak dalam salur darah.Rawatan terapi medan elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancar serta memecahkan lemak pada kapilari darah. Salur darah yang tersumbat ini menjadi punca penyakit kronik seperti darah tinggi dan strok. Kaedah rawatan alternatif ini pula menyaksikan penggunaan mesin terapi. Mesin Eman Terapi membantu merawat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, gout, batu karang, asma, Parkinson, tekanan, lemah syahwat, senggugut, haid tidak teratur, penuaan dan lemah sendi.Dalam kes pesakit Parkinson yang menyebabkan tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian, ia boleh dirawat selepas beberapa kali rawatan terapi. Hasilnya, pesakit Parkinson dapat tidur nyenyak pada waktu malam, malah boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.Begitu juga bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, selepas beberapa kali menggunakan mesin terapi ini, bacaan gula menurun dan tekanan darah tinggi stabil. |
Thursday, April 11, 2013
APAKAH TERAPI ELEKTROSTATIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment